07 Februari 2024

PENYERAHAN CENDERAHATI PENGHARGAAN PENGAKAP SK SERI KELANA

Tarikh : 7 Februari 2024 (Rabu - hari akhir persekolahan sesi 2023/2024)
Lokasi : Berhampiran Bilik Kaunseling



Terima kasih atas jasa, khidmat & bakti Cikgu Shila membantu kami berlima hingga dianugerahkan dengan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.


Mungkin cikgu fikir usaha cikgu tidak seberapa tapi jika tiada usaha dari cikgu untuk mengumpul, melatih dan membimbing kami dalam membuat buku log, tidak mungkin kami dapat dikalungkn dengan Rambu Biru Pengakap Kanak-Kanak yang akan kami kalung sehingga kami mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara beserta Rambu Hijau Pengakap Muda semasa di Tingkatan 3 nanti.
 

Moga cikgu sudi menerima cenderahati pemberian dari kami berlima, penerima Anugerah Rambu PKK SKSK 2023.


Harapan kami juga agar cikgu dapat terus menabur bakti melahirkan lebih ramai penerima rambu SKSK tahun 2024.

Terima Kasih Cikgu Shila!

RAK BUKU LOG PENGAKAP KANAK-KANAK

Jumlah Pengunjung